Ust Akhil Hayy

PAK LAH!!!(islam hadhari)

Tuesday, April 1, 2008

Renungan bersama.........

"Orang yang memiliki kesabaran akan memiliki apa yang dikehendakinya"

Tidak ada rahsia bagi kejayaan,
Ia adalah hasil persediaan kerja keras,
Dan belajar dari kegagalan.

Jangan berputus asa dan Jangan berserah,
Hanya mereka yang berani menghadapi kegagalan,
Akan mencapai kejayaan.

Pemikiran yang penuh terancang,
Dan tindakan yang penuh hati-hati,
Adalah kualiti baik seorang pemimpin.

Manusia berjaya apabila mereka menyedari,
Bahawa kegagalan mereka adalah,
Persediaan untuk kejayaan mereka.

Kamu boleh melakukannya,
Jika kamu percaya kamu boleh,
Manusia yang hebat,
Adalah manusia yang sederhana pertuturannya,
Tetapi melebihi dalam perbuatannya.

Seorang manusia itu mampu melakukan apa sahaja,
Sekiranya dia berkeazaman untukmelakukannya......


Insyaallah.sama-sama kita amalkan dan renungkan sebagai penaik semangat dalam diri kita ini sebagai muslim yang sejati di sisinya,amin...

No comments: