Ust Akhil Hayy

PAK LAH!!!(islam hadhari)

Tuesday, April 1, 2008

Penghinaan Islam melalui filem pendek FITNA oleh ahli politik Belanda.

Jangan dibiarkan musuh-musuh Islam menginjak-injak agama kita. Info terkini yang baru kita perolehi dari sahabat-sahabat Islam kita di Belanda, mereka mengatakan yang syarikat-syarikat bagi produk-produk yang tersenarai dibawah akan mengambil tindakan undang-undang dan mahkamah terhadap kerajaan dan Ahli politik Belanda yang bertanggung jawab diatas penghinaan ini. Tindakan ini akan diambil sekiranya syarikat-syarikat mereka mengalami kerugian akibat tindakan memboikot yang akan diambil oleh penguna-penguna Islam. Ada juga persatuan perniagaan di belanda yang akan meminta ahli-ahlinya untuk tidak membekalkan dana kepada parti politik yang terlibat dalam penghinaan ini bagi menghadapi pilihanraya yang mendatang. Jadi inilah peluang kita untuk menghapuskan musuh-musuh Islam. Biar musuh Islam itu sendiri memnghapuskan sesama mereka. Inilah pertempuran yang sebaik-baiknya dalam Islam. Kita tidak perlu mengangkat senjata. Senjata kita hanya mengawal nafsu dan memimpin hati kita untuk katakan tidak kepada produk-produk keluaran mereka.Dengan kuasa membeli sebanyak 67% atau +-1 Bilion sebulan yang dimiliki masyarakat Islam di Malaysia, kita boleh meberikan kesan atau impak yang sangat besar kepada mereka. Kita akan bertindak sehingga mereka gulung tikar dan semestinya kita tidak akan rugi apa-apa di atas tindakan kita ini. Ini semua kerana kebanyakan produk yang mereka keluarkan, sudah ada Usahawan Islam kita sendiri yang telah mengeluarkannya. Kita akan dapat memberi ruang yang lebih luas kepada para usahawan Muslim dalam usaha menjana dan meningkatkan lagi ekonomi Ummah.

Mari kita buktikan dahulu yang kita di Malaysia boleh melakukannya. Yakinlah, Insya'Allah umat Islam sedunia yang jumlahnya melebihi 1 Bilion umat akan menyusuli tindakan kita.Cuba bayangkan kesannya kepada musuh-musuh Islam. Mereka akan buka mata dan mengakui kehebatan kita. Janganlah kita umat Islam menjadi seperti buih-buih dilautan, walaupun banyak jumlahnya tetapi sedikit pun tidak mendatangkan gerun kepada musuh-musuh Islam. Jika perkara semudah ini pun kita tidak dapat lakukan, kenapa kita mesti hairan jika musuh-musuh Islam pada bila-bila masa saja boleh menjahanamkan dan menghancurkan kita. Contohnya sanagt banyak, seperti yang berlaku di Palestin, Bosnia, Somalia, Filipina, Iraq, Afganistan, Thailand dan banyak lagi pelusuk dunia ini dimana umat Islam diperlakukan tanpa maruah dan seperti binatang. Mari kita mulakan, kita masih lagi ada alternatif lain dan kita masih boleh mencari produk lain yang pastinya serupa dan adakalanya lebih baik dari produk-produk yang mereka tawarkan. Marilah kita lakukan ini 'Lillahitaala'. Semoga kita sentiasa berada dalam limpah dan rahmatNya. Semoga dihari perhitungan kelak, segala usaha yang kita lakukan ini, tergolong antara cabang-cabang Jihad. Marilah berjihad wahai saudara-saudaraku, buktikan yang kita mempunyai kuasa untuk mengajar mereka.

Cukuplah sebelum ini mereka memperlekehkan Nabi Junjungan kita. Kini mereka ingin menguji kita dengan memperlekehkan kitab suci kita pula. Bangkitlah wahai saudara-saudaraku, jangan kita biarkan maruah Islam itu dijaja sewenang-wenagnya tanpa mendapat pembelaan dari Umatnya sendiri. Mulakan sekarang, dengan hanya satu tindakan mudah, kita mampu menjahanamkan musuh-musuh Islam ini. Hancur laknattullah..hancurkan mereka dengan kuasa beli kita.Satu tindakan yang akan merubah sistem dunia .TAKBIR....ALLAHUAKBAR
Qalam Abu Naufal

No comments: