Ust Akhil Hayy

PAK LAH!!!(islam hadhari)

Wednesday, April 9, 2008

KENYATAAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGENAI PROJEK BABI

Harakahdaily Wed Apr 09, 08 7:04:10 am MYT

Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu. Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Dato' Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008.
Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.
Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.
Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming. Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa.
Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar 'one stop' yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.

Monday, April 7, 2008

KELANTAN AJAK RAKYAT BOIKOT BARANGAN BELANDA

KOTA BHARU 7 April - Kerajaan Pas Kelantan mengajak rakyat menyertai umat Islam di seluruh dunia memboikot barangan Belanda sebagai pengajaran kepada negara tersebut kerana membenarkan filem, Fitna ditayangkan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, biar pun filem itu hanya 15 minit tetapi ia dengan jelas memperlekehkan, menghina Islam dan umatnya, yang tidak boleh dimaafkan atas alasan kebebasan bersuara. Beliau berkata, penerbitan filem itu seolah-olah dirancang oleh Yahudi bersama sekutunya untuk menggambarkan bahawa umat Islam pengganas dan kaum jumud.
"Di saat kita merayakan sambutan Maulidur Rasul, musuh-musuh Islam mengambil kesempatan mengeluarkan filem yang memfitnah umat Islam kononnya atas alasan kebebasan.
"Saya mengajak semua umat Islam memboikot barangan dari Belanda sebagai pengajaran kepada negara itu supaya tidak lagi memfitnah umat Islam," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di sebuah hotel di sini hari ini. Turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK, Wan Yahaya Wan Salleh bersama lebih 500 kakitangan perbadanan berkenaan. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah agama yang disampaikan oleh pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Wan Shohor Bani Leman dan berzanji.
Tindakan memulaukan barang Belanda dimulakan pasar raya Mydin baru-baru ini berikutan penayangan filem Fitna karya ahli politik Belanda, Geert Wilders di Internet pada 27 Mac lalu yang berunsur fitnah terhadap Islam.Ahmad berkata, teknologi yang dikecapi hari ini adalah sumbangan daripada cendekiawan Islam pada zaman kegemilangannya. "Yahudi dan Barat bimbang masyarakat Islam akan bangkit kerana sejarah membuktikan permodenan dunia bermula dari cendekiawan Islam seperti di Cordoba, Sepanyol," katanya.

Saturday, April 5, 2008

PEMIMPIN PAS BERMUNAJAT KEPADA ALLAH

Munajat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
"WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.""Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami."Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami."Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami.""Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik"Wahai Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. Wahai Tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia.""Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat."Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah.""Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri ,"dan Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,"Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.""Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian." Anak-anak masa depan...





MENGIMAMKAN UMAT ISLAM BERDOA



MUSLIMAT TIDAK KETINGALAN




DOA QUNUT RIBUAN MANUSIA


DOA MUNAJAT DENGAN TULUS IKHLAS



AIR MUTIARA TANDA SYUKUR KEPADA ILAHI

Tuesday, April 1, 2008

RISALAH AGAMA>>>

"Diam Ketika Azan"

Mengapa lidah kelu disaat kematian?
Tetapi kematian itu pasti menjelma,
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui..

Cuba kita amati,
Mengapa kebanyakan orang yang nazak,
Hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa....
Lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya,
Yang menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud,
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
Jika tidak allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan,
Kita disarankan agar mendiamkan diri,
Jangan berkata apa-apa pun,
Semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama islam,
kita wajib menghormati azan,
banyak fadhilatnyal,
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri,
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata apa-apa ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya semasa ajal hampir tiba tidak dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah...." yang mana sesiapa dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya dicabut, allah dengan izinnya akan menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama meghormati azan,
Dan mohon kepada allah supaya lidah ini,
Tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! anugerahkanlah kematian kami,
Dengan kematian yang baik lagi mulia,
Lancarkanlah lidah kami mengucap kalimah,
"Lailahaillallah...." semasa sakaratul maut menghampiri kami,
Amin....amin...amin....Yarobbal a'lamin.."

Renungan bersama.........

"Orang yang memiliki kesabaran akan memiliki apa yang dikehendakinya"

Tidak ada rahsia bagi kejayaan,
Ia adalah hasil persediaan kerja keras,
Dan belajar dari kegagalan.

Jangan berputus asa dan Jangan berserah,
Hanya mereka yang berani menghadapi kegagalan,
Akan mencapai kejayaan.

Pemikiran yang penuh terancang,
Dan tindakan yang penuh hati-hati,
Adalah kualiti baik seorang pemimpin.

Manusia berjaya apabila mereka menyedari,
Bahawa kegagalan mereka adalah,
Persediaan untuk kejayaan mereka.

Kamu boleh melakukannya,
Jika kamu percaya kamu boleh,
Manusia yang hebat,
Adalah manusia yang sederhana pertuturannya,
Tetapi melebihi dalam perbuatannya.

Seorang manusia itu mampu melakukan apa sahaja,
Sekiranya dia berkeazaman untukmelakukannya......


Insyaallah.sama-sama kita amalkan dan renungkan sebagai penaik semangat dalam diri kita ini sebagai muslim yang sejati di sisinya,amin...

(BERITA PPIM) BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH Posted by adminTuesday 01 April 2008 - 11:28:51


Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain

Penghinaan Islam melalui filem pendek FITNA oleh ahli politik Belanda.

Jangan dibiarkan musuh-musuh Islam menginjak-injak agama kita. Info terkini yang baru kita perolehi dari sahabat-sahabat Islam kita di Belanda, mereka mengatakan yang syarikat-syarikat bagi produk-produk yang tersenarai dibawah akan mengambil tindakan undang-undang dan mahkamah terhadap kerajaan dan Ahli politik Belanda yang bertanggung jawab diatas penghinaan ini. Tindakan ini akan diambil sekiranya syarikat-syarikat mereka mengalami kerugian akibat tindakan memboikot yang akan diambil oleh penguna-penguna Islam. Ada juga persatuan perniagaan di belanda yang akan meminta ahli-ahlinya untuk tidak membekalkan dana kepada parti politik yang terlibat dalam penghinaan ini bagi menghadapi pilihanraya yang mendatang. Jadi inilah peluang kita untuk menghapuskan musuh-musuh Islam. Biar musuh Islam itu sendiri memnghapuskan sesama mereka. Inilah pertempuran yang sebaik-baiknya dalam Islam. Kita tidak perlu mengangkat senjata. Senjata kita hanya mengawal nafsu dan memimpin hati kita untuk katakan tidak kepada produk-produk keluaran mereka.Dengan kuasa membeli sebanyak 67% atau +-1 Bilion sebulan yang dimiliki masyarakat Islam di Malaysia, kita boleh meberikan kesan atau impak yang sangat besar kepada mereka. Kita akan bertindak sehingga mereka gulung tikar dan semestinya kita tidak akan rugi apa-apa di atas tindakan kita ini. Ini semua kerana kebanyakan produk yang mereka keluarkan, sudah ada Usahawan Islam kita sendiri yang telah mengeluarkannya. Kita akan dapat memberi ruang yang lebih luas kepada para usahawan Muslim dalam usaha menjana dan meningkatkan lagi ekonomi Ummah.

Mari kita buktikan dahulu yang kita di Malaysia boleh melakukannya. Yakinlah, Insya'Allah umat Islam sedunia yang jumlahnya melebihi 1 Bilion umat akan menyusuli tindakan kita.Cuba bayangkan kesannya kepada musuh-musuh Islam. Mereka akan buka mata dan mengakui kehebatan kita. Janganlah kita umat Islam menjadi seperti buih-buih dilautan, walaupun banyak jumlahnya tetapi sedikit pun tidak mendatangkan gerun kepada musuh-musuh Islam. Jika perkara semudah ini pun kita tidak dapat lakukan, kenapa kita mesti hairan jika musuh-musuh Islam pada bila-bila masa saja boleh menjahanamkan dan menghancurkan kita. Contohnya sanagt banyak, seperti yang berlaku di Palestin, Bosnia, Somalia, Filipina, Iraq, Afganistan, Thailand dan banyak lagi pelusuk dunia ini dimana umat Islam diperlakukan tanpa maruah dan seperti binatang. Mari kita mulakan, kita masih lagi ada alternatif lain dan kita masih boleh mencari produk lain yang pastinya serupa dan adakalanya lebih baik dari produk-produk yang mereka tawarkan. Marilah kita lakukan ini 'Lillahitaala'. Semoga kita sentiasa berada dalam limpah dan rahmatNya. Semoga dihari perhitungan kelak, segala usaha yang kita lakukan ini, tergolong antara cabang-cabang Jihad. Marilah berjihad wahai saudara-saudaraku, buktikan yang kita mempunyai kuasa untuk mengajar mereka.

Cukuplah sebelum ini mereka memperlekehkan Nabi Junjungan kita. Kini mereka ingin menguji kita dengan memperlekehkan kitab suci kita pula. Bangkitlah wahai saudara-saudaraku, jangan kita biarkan maruah Islam itu dijaja sewenang-wenagnya tanpa mendapat pembelaan dari Umatnya sendiri. Mulakan sekarang, dengan hanya satu tindakan mudah, kita mampu menjahanamkan musuh-musuh Islam ini. Hancur laknattullah..hancurkan mereka dengan kuasa beli kita.Satu tindakan yang akan merubah sistem dunia .TAKBIR....ALLAHUAKBAR
Qalam Abu Naufal